Loading...

Tabung Infaq Dana Bangunan Pengajian Kitab

Lokasi Perniagaan

Malaysia





Rasulullah SAW bersabda: "Sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana api memadamkan air." (Riwayat Ahmad)


RUWAQ JAWI
Ruwaq atau Anjung adalah nama khusus yang digunakan oleh al-Azhar al-Syarif membawa maksud satu tempat yang dijadikan sebagai tempat pengajian, perbahasan ilmiah, daurah kitab-kitab ilmu Islam dan majlis-majlis yang menghimpunkan para alim ulama’, para penuntut ilmu serta para pencinta ilmu yang terdiri dari pelbagai lapisan dan latarbelakang.

Al-Azhar al-Syarif (Mesir) telah melakar sejarah yang telah menjangkau lebih 1000 tahun dalam melahirkan cendiakawan, ilmuan, ulama’ dan pendakwah-pendakwah yang kini bertebaran di seluruh pelusuk dunia khususnya dari Malaysia sendiri.

Puluhan kitab telah dikhatamkan sepanjang pengajian kitab yang telah dijalankan dan menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari Malaysia datang menuntut ilmu ketika di Al-Azhar al-Syarif. Kepulangan mereka di Malaysia nanti hasratnya, agar mereka menjadi generasi ulama' pelapis penerus rantai perjuangan Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan ilmu agama dan usaha dakwah di tanah air.


MATLAMAT
DANA PEMBELIAN BANGUNAN RUWAQ JAWI DI MESIR
Ruwaq Jawi dalam usaha untuk membeli sebuah bangunan yang bakal merangkumi dewan-dewan, kelas-kelas pengajian, maktabah dan pejabat pentadbiran Ruwaq Jawi di Kaherah Mesir.




Infaq di Ruwaq Jawi anda akan lihat segala bentuk perkembangan yang digunakan dalam membantu pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar Al-Thani dari segi pengajian dan pembelajarannya. Buat sementara waktu ini, Pusat Pengajian Ruwaq Jawi tidak mempunyai kelengkapan dari segi pembangunannya.


Dalam kesempitan ruang dari segi tempatnya, pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar Al-Thani masih lagi gigih dan menunjukkan minat yang sangat tinggi dalam meneruskan pembelajaran mereka. Buat sementara waktu ini, mereka terpaksa menuntut ilmu dalam keadaan yang sesak di samping infrastruktur yang tidak mencukupi.


Oleh kerana Pusat Pengajian Ruwaq Jawi sehingga hari ini hanya menyewa premis sedangkan bilangan pelajar yang menghadiri kelas semakin hari semakin ramai, Yayasan Al Azhar Al-Thani telah bersetuju untuk melancarkan kutipan dana bagi tujuan Pembelian Bangunan Ruwaq Jawi di Kaherah, Mesir.


Oleh itu, Ruwaq Jawi sukacita memaklumkan pembukaan INFAQ DANA PEMBELIAN BANGUNAN RUWAQ JAWI mulai Ramadhan ini sehingga mencukupi sasaran yang diperlukan.



"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
(Surah Al-Baqarah: 261).


Rasullah SAW bersabda,
“Jagalah diri kalian dari api neraka, meski hanya dengan bersedekah sepotong kurma”.


Alhamdulillah, setakat ini sebanyak RM1.5 Juta dapat dikumpulkan dari hasil infaq orang ramai. Meskipun dana ini sudah berjalan sejak tahun lalu, Ruwaq Jawi masih lagi memerlukan sejumlah RM 2.5 juta lagi untuk melengkapkan tabung dana ini demi mencapai impian untuk membeli bangunan pengajian tersebut.


Kini kami membuka peluang untuk anda bersama-sama menjadi salah satu bahagian dalam usaha mulia untuk melahirkan lebih ramai generasi ulama di negara kita.


Anda boleh berinfaq menerusi pakej – pakej yang telah di sediakan. Menerusi infaq ini, bukan sahaja anda berbelanja di jalan Allah, bahkan anda juga akan dapat menimba ilmu dengan menerima kitab hadith berbentuk ebook dan juga link penuh pengajian di YouTube Ruwaq Jawi.

PAKEJ SUMBANGAN
Anda boleh memilih mana-mana pakej sumbangan seikhlas hati untuk bersama kami membantu menyediakan prasarana pengajian yang lebih baik untuk melahirkan lebih ramai ulama dan agamawan yang berilmu dan ikhlas dalam menyampaikan agama Allah s.w.t.




atau anda boleh membuat sumbangan terus ke akaun di bawah



YAYASAN AL-AZHAR AL-THANI
562 – 106 – 698 – 855

dan maklumkan sumbangan anda kepada wakil kami 
Ustaz Al Fadzil - 013-298 8303
dengan bertindak

PILIH PAKEJ SUMBANGAN ANDA DI BAWAH DAN KLIK BUTANG DISEDIAKAN






Borang ini menggunakan sistem pembayaran: